Cara Membuka Akaun Semasa CIMB Bank
Mungkin anda sedang pening kepala memikirkan bagaimana nak buat akaun semasa di CIMB bank. Ya lah, sebab banyak benda nak kena sediakan dan perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Bagi anda yang mempunyai syarikat sendiri atau perniagaan yang besar pasti tidak menjadi masalah untuk sediakan deposit sebanyak RM1k untuk membukan akaun semasa di CIMB tapi tidak bagi peniaga kecil atau mereka menjalankan perniagaan online seperti dropshipper.
Lebih parah lagi sukar untuk mencari introducer untuk akaun syarikat yang ingin kita daftar di CIMB itu. Sebenarnya, jika anda tiada introducer, jangan pening kepala sebab CIMB tetap terima jika anda apply tanpa introducer.
Tetapi anda wajib memenuhi kriteria yang CIMB tetapkan sekiranya tiada introducer dan yang paling penting anda perlu pastikan syarikat atau perniagaan anda itu telah berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia iaitu SSM.
Jika tiada SSM pasti anda tidak akan dapat membuka akaun semasa walaupun syarat lain telah anda penuhi. Ingat ya, jika nak buka akaun semasa di semua bank pun perlu ada SSM iaitu syarikat anda telah didaftarkan serta diberi nombor perniagaan.
Deposit pula sama ada introducer atau tidak, jumlahnya tetap sama sebanyak RM1000 dan ia akan dimasukkan ke dalam akaun semasa yang anda telah buat itu sekiranya diluluskan. Jadi jangan bimbang kerana deposit itu dapat pada kita semula.
Jika anda ingin tahu cara buka akaun semasa CIMB tanpa introducer anda boleh rujuk keterangan lanjut yang dikongsikan dalam artikel Cara Membuka Akaun Syarikat di CIMB di blog Bukit Besi.
Selain itu, anda juga boleh buat permohonan akaun semasa untuk syarikat di bank CIMB secara online atau atas talian melalui pautan yang dikongsikan berikut iaitu Online Business Current Account CIMB.
Cara Buka Akaun Semasa CIMB Online
Berikut adalah cara-cara untuk mengisi borang untuk pendaftaran akaun semasa untuk syarikat di bank CIMB secara online melalui website CIMB. Sila ikuti tutorial yang ditunjukkan satu persatu, pasti berjaya.
Jangan bimbang ya, kalau anda memenuhi semua kriteria dan syarat yang CIMB tetapkan, pasti anda akan dapat buka akaun semasa di bank CIMB. Semoga berjaya.
Baca Juga : Cara Dapatkan Geran Kereta Yang Hilang